Assalamualaikum semua. saya merupakan salah seorang penyokong setia HARIMUA MALAYA. Walaupun tempoh hari HARIMAU MALAYA tumbang di di Singapura namun itu tidak menjadi halangan untuk skuad HARIMAU MALAYA untuk menebus kembali di halaman sendiri pada esok hari. Walaupun tumpas di Singapura, kekalahan tersebut merupakan kekalahan yang bermaruah kerana walaupun kapeten HARIMAU MALAYA, Syafik Rahim dibuang padang namun tidak mematahkan semangat dan berjuang habis-habisan bagi merapatkan jurang gol kepada 5-3 itu merupakan semangat juang yang tinggi dan patut dipuji. Oleh itu, bagi seluruh rakyat Malaysia marilah kita beramai-ramai ke Stadium Bukit Jalil untuk memberi sokongan padu kepada SKUAD HARIMAU MALAYA untuk menumpaskan musuh tradisi kita.
Sini ada sikit pantun
Mengaum lapar sang SINGA UTARA,
Sang KENARI terbang membelah awan
Gagah SELADANG ibarat badang,
Laju HARIMAU KUMBANG ibarat pejuang,
Dahaga THE RED WARRIORS kerana darah,
Tangisan PENYU kerana maruah,
GERGASI MERAH marah membara,
Tanduk sang RUSA kerana perkasa,
Bisa Si Jengking bukan kepalang,
Lincah HANG TUAH si pahlwan bangsa ,
Tenang-tenang Si BUJANG SENANG,
Amuk TOK GAJAH kalau di usik,
Lalu sang BADAK gerun melanda,
Kerana HARIMAU MALAYA mereka turutkan,
Bersatu menentang SINGAPURA ! ! !